Pelajar Semester 1

Pelajar dari seluruh dunia belajar di Kolej Komuniti Rich Atlantic.

Pelajar Semester 2

Para pelajar merupakan aset terbesar sesebuah negara. Masa depan negara perlu dinilai kepada keadaan pelajar hari ini.

Study Group

Pelajar sedang mengulangkaji pelajaran di Pusat Sumber.

Pelajar baru dan Ibubapa semasa Hari Suai Kenal 02 Julai 2012

Maklumat Terkini: Pendaftaran Pelajar Baru SMK dan Pelajar Lama SMK adalah pada 2 Julai 2012 (ISNIN). Tempat: Pelajar Baru SMK: Dewan Utama KK Rich Atlantic Pelajar Lama SMK : Bilik Kuliah. Masa: 8.30 pg-12.00 tgh Untuk maklumat lanjut sila hubungi 09-6666666 (En. Zahid ).Maklumat lanjut, bolehlah layari laman web pengambilan

Wednesday 4 July 2012

PEMAHAMAN

Senaraikan situasi kemalangan yang mungkin berlaku di Bengkel jika bengkel dalam keadaan selerak
semasa kerja amali dilakukan?

Berikanpendapat anda bagaimana untuk mengatasinya?

VIDEO KESELAMATAN ELEKTRIK


Video 1
Keselamatan Elektrik Bermula Di Sini






Video 2
Keselamatan Elektrik





Video 3
Kemalangan Elektrik


ULANGKAJI









KESELAMATAN TEMPAT KERJA

MENGENALPASTI PUNCA KEMALANGAN







Tuesday 3 July 2012

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:

*   Maklumat tentang keperluan aktiviti
*   Mengenalpasti langkah-langkah keselamatan yang perlu
     dipatuhi di bengkel
*   Mengendalikan peralatan elektrik dengan selamat
*   Merancang bahan, menyediakan alat dan menguruskn
     tempat kerja (bengkel) dengan selamat
*   Mengamalkan amalan keselamatan dan kebersihan bengkel

PENGENALAN KESELAMATAN









Gambar-gambar Keselamatan di Internet 






KERATAN AKHBAR KEMALANGAN FLASHOVER









PENGENALAN KEPADA SIJIL MODULAR KEBANGSAAN


Program ‘Sijil Modular Kebangsaan’ atau ringkasnya SMK Kolej Komuniti merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar yang akan dilaksanakan secara sepenuh masa dan juga separuh masa. Program SMK adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat (warganegara Malaysia) yang berumur 17 tahun ke atas. Sehubungan itu, Kolej Komuniti amat mengalu-alukan permohonan dari komuniti setempat, pesara kerajaan, warga emas, belia, lepasan sekolah dan juga lepasan IPT yang berminat.
Apakah kelebihan program SMK yang akan menggantikan program Sijil Sepenuh Masa sediada ?
Sebagai program baru, pastinya persoalan tersebut merupakan perbualan yang hangat diperkatakan sama ada dikalangan kakitangan Kolej Komuniti ataupun orang awam.
Secara ringkasnya; Kurikulum Program SMK yang dibangunkan bersama dengan industri secara berperingkat-peringkat adalah bertujuan untuk memudahkan lepasan Kolej Komuniti memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan. Modul-modul yang relevan dengan pasaran kerja semasa pastinya akan membantu memantapkan kemahiran pelajar agar mampu menjadi tenaga mahir yang berkualiti.
Modul-modul SMK yang mengutamakan ‘proses kerja’ ini adalah melibatkan tempoh pengajian yang fleksibel iaitu 3 bulan hingga 6 bulan. Pengambilan bagi Program SMK akan bermula pada bulan Julai, Oktober dan Disember 2010.
Seiring dengan transformasi tersebut, program SMK di KKKB akan dirintis oleh Unit Automotif dengan menawarkan Sijil Servis Kenderaan Ringan yang melibatkan 5 (lima) modul iaitu Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 bulan), Imbangan Roda & Penjajaran (3 bulan), Rombak Rawat Enjin (6 bulan), Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stereng & Brek (6 bulan) dan Penyelenggaraan Sistem Penghantaran (6 bulan). Program SMK tersebut akan menggantikan Sijil Sepenuh Masa sedia ada iaitu Sijil Automotif bermula Julai ini. Kolej Komuniti yang turut menawarkan program yang sama ialah KK Gerik, KK Jempol, KK Sg. Siput, KK Bkt. Beruang, KK Pasir Salak, KK Ledang, KK Rompin, KK Bandar Darulaman, KK Kuala Terengganu, KK Sungai Petani, KK Tawau dan KK Caw. Bandar Baru (tertakluk pindaan semasa).
Program SMK yang turut ditawarkan di Kolej-kolej Komuniti terpilih bermula Julai 2010 ialah Sijil Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Akuakultur, Sijil Pemasangan Elekrik, Sijil Penyelenggaraan Bangunan, Sijil Menyelenggara dan Membaiki Bot, Sijil Pengendalian Pelancongan, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari.
Seiring dengan perubahan tersebut, Sesi Julai 2010 juga akan menyaksikan pengambilan pelajar terakhir bagi Sijil Sepenuh Masa (2 tahun) iaitu Sijil Multimedia Kreatif (Animasi), Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu dan Sijil Pelukis Pelan Senibina. Sehubungan itu, kini Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) sedang mempertimbangkan Sijil-sijil Modular yang bersesuaian bagi menggantikan Sijil-sijil Sepenuh Masa (2 tahun) dengan mengambilkira beberapa aspek seperti kepakaran pensyarah, keperluan masyarakat setempat dan juga kemudahan p&p.
-catatan ini adalah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh wakil JPKK semasa Taklimat Pelaksanaan Program Modular Kolej Komuniti, KPT Bil. 3/2010 di Hotel MITC Ancasa, Melaka pada 01 Julai 2010.

“PENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN